Tuesday 30 December 2014

my year


p/s: maybe panjang sikit entry kali ni ;) last day la katakan?

Today is 31st December 2014 which is the last day of 2014. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya kita masih hidup dan sihat walafiat sepanjang tahun 2014 di atas muka bumi ini. Although it was a pretty tough year for us in Malaysia which our flight MH370 and MH17 were missing and the latest news is flood in our country. 

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya" 

Kita memang sentiasa tidak sunyi dengan suka dan duka, kadang-kadang kita gembira bila memperolehi kejayaan dan kadang2 kita kecewa dgn apa yg kita nak tapi tak tercapai. Semua itu adalah lumrah kehidupan. Setiap apa yg menimpa seseorang itu pasti untuk menyedarkan dia bahawa setiap yg berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin Allah merindui kita, jadi dia nak kita sedar dan kembali kepada-Nya. Percayalah, Allah sangat menyayangi semua hambanya.

Allah SWT berfirman: "Dan jika Allah menimpa sesuatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkan kecuali dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang."(SurahYunus,ayat 107)

Well, how about my story?

Tahun 2014 adalah tahun yang aku sentiasa ingat dan takkan pernah lupakan. Byk sangat kenangan manis pahit semua laa tahun ni. dan tarikh yang aku takkan pernah lupa ialah.....

14 November 2014 (Jumaat)

Ayah, yes my beloved father. My only SuperDad. Ayah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat yang mulia, 14 November 2014, jam 03:37 petang. Sebab apa? Sebab dah tiba masanya untuk ayah pergi. Ayah pergi dengan sekelip mata je. sekejap. dan tak disangka. "Kun Fayakun" Bila Allah kata 'Jadilah! Maka jadilah' 

Aku start cuti sekolah 13 Nov, which is hari Khamis sbb aku sekolah kat Kedah. Tapi aku balik mengejut waktu malam Rabu, TP HEP yg suruh balik sbb ayah aku masuk ICU keaadan kritikal. TP HEP tu dulu cikgu ayah and mak aku kat mrsm. barang semua aku terpaksa tinggal sebab takde beg, hehe. so aku pack baju je and yang lain aku bwk masuk loker dibantu oleh homeroommates aku. aku nak ucapkan terima kasih sgt dengan korang sbb dah byk bantu aku. and lepas itu TP Ko-Q and seorang warden yang hantar aku ke airport Penang untuk balik ke rumah aku di Selangor.

Bila sampai Subang Airport, kawan ayah aku amik bawak pergi Kpj Shah Alam. Smpai je hosp aku jumpa nenek, atuk and adik aku kat ruang menunggu, adik aku da tido lama da and another friend of  ayah. aku tak pernah gi ICU and tatau cane rupanya, then mak aku keluar dari satu pintu ni bwk aku jumpa ayah aku, lepas pandang je ayah aku.. "Ayah..." dan terus nangis. Ayah aku susah hati sbb aku balik naik flight la org lain amikla. ayah aku takleh cakap sgt sbb gne bantuan pernafasan but ayah aku still nak cakap. mak aku tngkan ayah aku. aku sedih sgt sbb tak pernah tgk ayah aku mcmni. 

Then ktorg balik, Esoknya datang lagi, aku plan nak tido kat hosp teman mak aku, doktor kata ayah da semakin okay, platelet dah naik. I'm so happy. Ktorg tak putus2 doa and buat solat hajat. Malam tu aku sempat borak ngn ayah aku. bukan la borak yang rancak apa. ayah senyum lagi :) aku cakap " Ayah cepat la sembuh, nanti ajar kakak main chess ye?" ayah aku angguk. then, aku pegang tangan ayah aku. Malam tuh ayah suro pergi tido, then mak aku kata tunggu ayah aku tenang dulu baru ktorg naik (dekat suite). Tiba2 ada sorg lagi kwn ayah aku dtg, mak aku taknak kasi masuk sbb nak bgi rehat tapi.. dia nak masuk. aku dok luar je la borak ngn anak kawan ayah aku tu sbb dia kawan aku. then lepas balik, mak aku ckp ngn aku ,ayah smpat lagi ckp ngn mama "Kenapa tak tidur lagi ni, pergi tidur. Nanti abang risau" 

Esok pagi tu pukul 6:30, ktorg bangun sbb dpt call dari nurse, dia kata ayah aku kritikal. kitorg apa lagi .. rush ahh turun bawah, doktor kata ayah aku ada muntah pagi tadi and taklehguna alat pernafasan da sbb jantung lemah so boleh pakai tube je. aku nangis sgt2. sedih tgk ayah aku, mesti sakit kan yah? doktor kata doktor bagi antibiotik tgk ada respond ke tak. and aku tanya mak aku.. " Ma, ayah sedar ke ma" mak aku kata ayah maybe tak nampak tapi ayah boleh dgr. lagi la aku nangis.time tu aku da rasa tak sedap hati. tengah hari kawan2 mak and ayah aku da lama tunggu kat luar. then ktorg tunggu nenek, atuk, adik aku dtg. doktor pindahkan katil ayah aku. doktor kata ayah aku makin kritikal, dah kena lung effection then kidney pun sama takleh fungsi. doktor da try bagi antibiotik paling kuat pun tak bagi tindak balas. so doktor gne dialysis. aku and mak aku tak berhenti henti baca yasin.

Tengah hari pegi makan jap dgn family aku, tak selera nak makan. lepas makan naik balik. sekali nurse semua rushing masuk ICU. terkejut aku asal ramai sgt yg masuk. time tuh doktor cari mak aku, dia tarik mak aku. aku nak ikut then pintu tu tutup. Aku time tu rasa nak memberontak je. hati aku aku mmg nak meletop. aku mmg dah rasa tak sedap hati sgt. aku nak jerit je. ramai sgt kawan2 mak aku berkerumun. time tuh macam2 aku jerit dalam hati "KNP AKU TAK BOLEH MASUK" "AKU ANAK DIA' "BAGI AKU RUANG" "AYAH KAKAK NAK TGK AYAH" aku ckp dgn kawan ayah aku "uncle nak masuk" tiba2 doktor keluar cari aku and adik aku. then aku and adik aku lari jumpa ayah aku. time tu.......................

Nurse, doktor semua keliling. Mak aku kat sebelah ayah aku. Aku menangis sangat dan time tuh.." mungkin inilah masanya" "masanya telah tiba" doktor panggil aku and adik aku suro mengucap kat telinga ayah aku. aku terus peluk ayah aku and mengucap. adik aku keras, tak cakap apa2. aku kata adik cakap laa. adik aku geleng. semua suro, tapi adik aku diam. last skali aku marah adik aku "ADIK CAKAPLA, KESIAN AYAH NAK DGR SUARA ADIK" then aku menagis, marah sgt sbb adik aku taknak ckp. then adik aku menjerit, menangis semahu mahunya. "Ayah..Ayah...Ayahhh !" well, adik aku ni jenis pendam. mmg dia taknak tunjuk sedih dpn org lain. sekali lepas macamtula. then doktor suro duduk dulusbb nak check. ktorg duduk kat bilik kaunseling.

tak lama lepas tu.. doktor datang, time tu aku adik and mak aku berpelukan menagis, doktor kata "Maafkan kami, kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan. tapi kami tak dapat selamatkan" then mak aku menangis. "Dia dah takda?" Doktor hanya mengangguk. dan aku terus peluk mak aku, sbb mak aku mcm dah lemah sgt. tak pernah aku tgk mak aku nangis mcmtu , slama ni mak aku tak pernah nangis dpn aku. mak aku pun jenis org yg pendam. hmm.. aku still tak percaya.then aku tgk ayah aku..panggil atuk and nenek. ayah aku tersenyum je. dalam hati aku, Alhamdulillah.. ayah pergi hari jumaat. hari yang mulia. 

Alhamdulillah, aku sempat mandikan and juga sembahyangkan ayah aku. Sedih mmg sedih. Pedihnya rasa kat hati ni Allah je yg tahu. Aku senyum, sbb dgn senyum je boleh sorok semua kesedihan aku. Kawan aku ada yg dtg, diorg yg nangis. diorg kata "anati, ko tak sedih ke" Gila kau tak sedih. ofcourse sedih. "asal tak nangis" aku senyum je :) ayah aku pernah pesan, "kalau ayah takde jgn nangis" semua orang kata aku kuat. Well, maybe aku kuat kat luar, dalam siapa tahu? siapa je tahu bila aku nangis. 

Sampai seekarang aku still tak percaya. rasa macam ayah ada je. kalau siang pergi kerja. maybe malam je yg terasa sbb tak dgr ayah mendengkur. 

Ayah.. kakak rindu ayah membebel,marah kakak, peluk kakak, pujuk kakak,borak2 dgn kakak. Ayah kata nak ajar kakak main chess? kakak rindu ayah. Ayah tak sempat pun tgk kakak amik result Checkpoint. Ayah, siapa lagi nak jadi geng kakak? Yang kuat makan.. apa yang ayah makan semua kakak makan. Taste kakak sama dgn ayah. Kakak sayang sgt dengan ayah. Forever I will always love you ayah.

Semoga ayah sentiasa tenang di sana. Al-fatihah. 

Au Revoir
anatisyakirah



Sunday 28 December 2014

Life


everyone keeps complaining about their lives. most of em hate it. there must be a reason or something that keeps bothering or blocking their way. well just "get rid of all the bullshit in your life". (like the quotes on top) or the proper words just get rid of all the things that keeps bothering you in your life. just throw it.
                                                                    "Life is a roller coaster, it has its ups and downs. but its your choice to scream or enjoy the ride"

Hidup kita kadangkala ada di atas dan kadangkala ada dibawah. tak semestinya hari ni kita kalah, forever kita akan kalah and tak semestinya hari ini kita menang, forever kita akan menang. mesti ada hari kita dan ada hari orang lain kerana kehidupan penuh dengan keadilan.
Ada 5 jambatan kehidupan;

  1. Jambatan termahal adalah pengorbanan
  2. Jambatan terpanjang adalah harapan
  3. Jambatan terpendek adalah putus asa
  4. Jambatan terindah adalah kasih sayang
  5. Jambatan terkuat adalah iman

  Sejujurnya, aku pernah rasa betapa tak adilnya hidup ni untuk aku. apa yg aku cakap semua salah dan apa yg semua buat semua orang benci. Mengaku je la, semua orang pernah rasa situasi ini.
bila kita cakap je mesti ada orang nak bash, pangkah, 'boo'. itu kehidupan. penuh dengan orang yg tak pernah nak puas hati dengan apa yg dia ada. tak habis2 cari kesalahan orang, menilai orang tanpa melihat kesalahan sendiri.
  Aku sendiri pun pernah buat salah, kutuk orang,menilai orang tanpa tengok siapa diri aku yang sebenar. sebab benda tu semua normal. menjadi kebiasaan. and benda macamtu lahh kita kena elak. lagipun, semua tuh takkan tahan lama setelah korang sedar apa yang korang buat sebenarnya. Bila dah sedar baru lah korang menyesal. kalau menyesal pun takde guna.
  Memang susah nak tinggalkan all those things sbb dah mnjadi kebiasaan kita ber-gossip like "weyh, gila kau. taksah ah kalau jumpa tak gossip" aku pun buat benda sama lagi2 kalau jumpa bestfriends semua.sometimes, kita pun kena elakkan sebab benda tuh tak elok, sometimes ada je fitnah. kang kalau tersebar, tak pasal2 dapat dosa.
  Kita kena fikir orang yang kena, cuba bygkan orang yg semua org benci tuh kena pulaukan. macm mana perasaan dia? kalau kau yg kena mcm mana? apa kau rasa? dulu aku pun suka bash org. dulu? haha. tapi, bila aku fikir balik, kesian kot org tu. we're supposed to be there for them. not leaving them alone. because there must be a reason kenapa perangai dia mcm tu or something else yg buat kita benci.
  Aku menyesal. menyesal and menyesal. tindakan aku tersangat la bodoh pandai time tuh, manusia, tak lari dari kesilapan. cerita ni mmg betul. sekarang, aku kena bukak mata tutup mulut and telinga. aku dah bertekad nak jadi baik,

Thats why we have to move on, because the past is in the past ~ let it go.. let it go 
The best way is, we must think what other's feelings. Never judge their looks or personalities. coz different people different personalities. dont expect everyone are the same. they have their own unique ways. no need to tell them what to do or not to do. so just think of yourself, do you really know who you are?

nahh, this is for you guys. remember this rules. 

Life isnt always full of reasons to smile, but your smile itself is a reason for others to smile too. and let your smile change the world and dont let the world change your smile.

Au Revoir

anatisyakirah

picture; tumblr
           ; google

Friday 12 December 2014

bonjour

Bismillah and Assalamualaikum
Alhamdulillah, I've just created a new blog. Before this, I had a blog once. I used it when I was about 10 to 12 years old, and the blog was kinda girly and childish and it was kinda mess. I had trouble to delete the blog, so I created a new one. Well, I dont have any idea to talk about. I guess lets start with introduction. Mon nom est Anati. Anati for short. There are 4 people in my family including me. My father, mother, lil sister and me. Since my father left us (died) about 2 weeks ago. So, theres only 3 of us left. It was really hard to accept the fact that my father left us so early and when I'm only 14 years old. Well, know you know that I'm 14 right? I think thats all for now, want to hear more stories about my life? check out my next post. Actually I made this blog is to share you guys about my life, stories, experience. About teen life and anything else thats kinda fun. Bye. sayaorangmelayu. Au Revoir.